Friday 25 November 2011

Kajian Tempatan Tahun 4



Topik ini adalah topik dalam Kajian Tempatan tahun 4

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden. Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya.

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.

contoh rumah tradisional :





Rumah Limas Johor

Rumah minangkabau


Rumah Pahang
 Rumah Melaka

Rumah Kutai (Perak)
 Rumah Bajau (Sabah)

Rumah tinggi melanau (Sarawak)

Contoh rumah Moden :


 Rumah Banglo
Rumah Pangsa 
Rumah Teres