RPH KSSR Dunia Seni Tahun 1



Matapelajaran
Kelas
Masa


Isi Pembelajaran

Catatan / Impak


Dunia Seni Visual
Tahun 1
60 minit

BIDANG :   Menggambar
AKTIVITI :   Lukisan
TEMA     :  Alam Benda
TAJUK     :   Rumahku
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN :

1.1 Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat  dalam karya seni.

1.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengaplikasi pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3 Ekspresi Kreatif – Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual


AKTIVITI :
1.  Murid menamakan jenis-jenis garisan yang ditunjukkan oleh guru dan menyatakan jenis media yang digunakan.

2. Murid menyatakan cara membuat garisan.

3. Murid menghasilkan lukisan rumah (garisan) dengan berpandukan tunjuk cara guru .

4.  Murid mempamerkan hasil karyaseni lukisan dan menceritakan hasil karya seni  sendiri dan rakan.
MEDIA : 
ALATAN : Tiada
BAHAN : Kertas Lukisan,pensel 2B, pensel warna

BBM : Contoh contoh garisan,selari, melengkung gambar rumah
 EMK:  Kreativiti dan inovatif ,TMK